JENAYAH & MAHKAMAH
Pelajar Tingkatan Empat maut ditikam di sekolah
PETALING JAYA – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai ditikam seorang pelajar lelaki Tingkatan 2, pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Bandar Utama Petaling Jaya, sekitar pukul 9.30 pagi, di mana suspek, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.
Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit turut menikam pelajar lain.
Buat masa ini, pihak polis difahamkan masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Butiran penuh dijangka akan diperoleh dalam sidang media awal di lokasi kejadian.
Setakat ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dan pasukan pegawai penyiasat sudah berada di lokasi.
BERITA LANJUT MENYUSUL
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















2 Comments