BERITA SEMASA

Teknologi, kepakaran perkukuh usaha tangani jenayah kewangan

KUALA LUMPUR – Usaha menangani penipuan dan jenayah kewangan perlu beralih daripada sekadar pengesanan kepada tindakan pantas bagi mengganggu aliran kewangan haram, melumpuhkan rangkaian jenayah dan kaedah pencegahan.

Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, perkembangan teknologi telah menjadikan penipuan, rasuah, jenayah siber dan pengubahan wang haram semakin saling berkait serta kompleks.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama semasa seminar ā€œFraud & Financial Crime: From Detection to Disruption in the Outcomes Eraā€ di Pullman Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut beliau, penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), forensik digital dan analitik lanjutan perlu disokong dengan kepakaran, pertimbangan profesional dan akauntabiliti manusia bagi memperkukuh keupayaan menangani jenayah kewangan.

Dalam masa sama, beliau menekankan kepentingan kerjasama antara institusi kewangan, pengawal selia, agensi penguatkuasaan, penyedia telekomunikasi serta rakan antarabangsa dalam memastikan maklumat yang berpecah dapat digabungkan bagi membentuk gambaran menyeluruh mengenai rangkaian jenayah.

Beliau turut menegaskan peranan MACA dalam memperkasa generasi baharu pegawai penguat kuasa dan pengamal integriti melalui pembangunan kompetensi dalam bidang risikan kewangan, siasatan digital, pemulihan aset, pengurusan risiko rasuah, risiko perolehan serta jenayah kewangan kompleks.

Strategi mendepani jenayah kewangan pada masa hadapan tidak boleh bergantung pada teknologi semata-mata sebaliknya memerlukan gabungan kepakaran, integriti, kolaborasi dan tindakan tegas bagi memastikan jenayah kewangan lebih sukar dilakukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button