BERITA SEMASA

Seminar Penyelidikan Koperasi rangsang pembangunan, tingkatkan keupayaan modal insan

PETALING JAYA – Institut Koperasi Malaysia (IKMa) baru-baru ini menganjurkan Seminar Penyelidikan Koperasi bertemakan ‘Sektor Koperasi Wahana Pembangunan Sosioekonomi’, di sini.

Dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah IKMa, Onn Abu Bakar, seminar tersebut berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh penting termasuk wakil-wakil dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA.

Pengerusi Lembaga Pengarah IKMa, Onn Abu Bakar.

Onn dalam ucapannya menekankan kepentingan inovasi dalam memacu kejayaan ekonomi, dan menggariskan keperluan untuk memperkukuh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan sumbangan gerakan koperasi kepada ekonomi negara.

“R&D yang berkesan adalah kritikal untuk kejayaan sesebuah organisasi dan negara. IKMa memainkan peranan penting dalam mempromosikan R&D dalam sektor koperasi kita.

“Kita mesti memastikan usaha penyelidikan kita disokong dengan baik dan selari dengna matlamat untuk mengangkat gerakan koperasi di Malaysia,” katanya.

Seminar ini merupakan platform terbaik bagi berkongsi hasil kajian dalam merangsang pembangunan serta meningkatkan keupayaan modal insan koperasi.

Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan dan memantapkan pembangunan serta kedudukan kompetitif sektor koperasi di negara ini dalam menjadikan IKMa sebagai pusat rujukan dalam kalangan para ilmuwan, industri dan pihak berkepentingan yang lain.

Sehingga ke hari ini, IKMa telah berjaya menghasilkan sebanyak 91 kajian merangkumi pelbagai bidang dan menggalakkan penggunaan hasil penyelidikan tersebut secara maksima untuk menyelesaikan isu-isu koperasi dan meningkatkan potensinya ke tahap yang lebih tinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button