
Seminar TikTok terbesar di Asia Tenggara tarik 1,400 peserta
BANGI – Program “Menguasai TikTok Untuk Perniagaan” anjuran Adsia Academy berjaya menarik penyertaan 1,400 peserta, menjadikannya seminar TikTok terbesar di Asia Tenggara.
Program selama dua hari yang bermula pada 30 November hingga 1 Disember 2024 itu berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi.
Program tersebut bukan sahaja bertujuan memperkasakan usahawan kecil dan sederhana (SME) di Malaysia juga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai seminar TikTok perniagaan dengan penyertaan teramai.
Pengasas Adsia Academy, Abdul Aziz Mustapa Kamal (Aziz MK) berkata, program itu dirangka berdasarkan pengalaman pihaknya membantu lebih 70 syarikat SME mencapai jumlah jualan RM20 juta pada Oktober lalu dengan keseluruhan jualan sebanyak RM197 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024.
“Sejak Adsia Academy ditubuhkan pada Mac 2023, lebih 9,000 peserta telah menyertai program kami. Itu membuktikan keupayaan TikTok bukan sahaja mencipta ‘engagement’ tetapi juga mendorong ‘conversion’ yang tinggi,” katanya di sini hari ini.
Aziz berkata, TikTok menjadi platform strategik bagi perniagaan melalui penggunaan iklan TikTok (TikTok Ads), penstriman langsung (Livestreaming) dan TikTok Shop.
“Platform itu bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran jenama dalam kalangan pengguna moden, malah memberi peluang kepada usahawan kecil untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
“Kami percaya TikTok bukan sekadar mengejar For You Page (FYP) tetapi lebih penting ialah ‘conversion’ untuk mengubah tontonan menjadi pembelian,” katanya lagi.
Dalam program itu, Adsia Academy turut mencipta rekod lain apabila seramai 913 peserta diiktiraf secara langsung sebagai penyertaan terbanyak dalam sesi penstriman langsung di platform TikTok oleh MBOR.
Program itu turut mendapat pengiktirafan daripada Agency Partner Manager TikTok Singapore, Jairus Ang yang mengesahkan ia sebagai seminar TikTok terbesar di Asia Tenggara.
Seminar iru disertai peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Indonesia, yang menunjukkan potensi besar TikTok sebagai alat pemasaran moden untuk usahawan di rantau ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








