LUAR NEGARA

Feri terbakar di perairan Palawan, 5 maut 87 masih hilang

MANILA – Sekurang-kurangnya lima maut manakala 87 lagi masih hilang selepas sebuah feri terbakar di perairan Palawan, malam tadi.

Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pengawal Pantai Filipina sebagai berkata, kebakaran di atas MV June Aster yang membawa 134 penumpang dan anak kapal itu berlaku lewat petang semalam ketika feri malang itu berada kira-kira 2.2 kilometer (1.3 batu) dari pesisir bandar Coron.

Kapten Pengawal Pantai, Noemi Cayabyab memberitahu sebuah stesen radio tempatan, hari ini bahawa seramai 42 orang telah diselamatkan setakat ini, menurut agensi berita AFP.

ā€œBerdasarkan data yang kami ada ketika ini mengenai individu yang diselamatkan dan mangsa, masih terdapat 87 orang yang belum dapat dikesan,ā€ katanya.

Beliau menambah, daripada jumlah yang diselamatkan, 38 merupakan penumpang manakala empat lagi adalah anak kapal.

ā€œBagaimanapun, kami masih belum dapat memperoleh maklumat daripada individu yang diselamatkan kerana belum berpeluang bercakap dengan mereka,ā€ katanya, sambil menambah bahawa usaha memadamkan kebakaran masih dijalankan.

Agensi berita Reuters melaporkan, 43 orang telah diselamatkan setakat malam tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button