Filipina peroleh hampir 2.5 juta tong minyak mentah dari Rusia
MANILA – Filipina memperoleh hampir 2.5 juta tong minyak mentah dari Rusia atas dasar “keperluan mendesak”.
Dalam satu pemfailan kepada Bursa Saham Filipina, syarikat Petron memaklumkan bahawa pihaknya bersetuju membeli minyak mentah dari Rusia selepas sekurang-kurangnya empat juta tong penghantaran dibatalkan sejak 28 Februari, berikutan konflik yang tercetus apabila Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran, lapor Jazeera memetik sumber AFP.
Menurut kenyataan itu lagi, pembelian berkenaan dilakukan sebagai langkah kecemasan luar biasa selepas semua alternatif yang berdaya maju dari segi komersial dan operasi telah digunakan sepenuhnya.
“Penutupan kilang penapisan akibat kegagalan mendapatkan bekalan minyak mentah akan menyebabkan kekurangan bahan api di seluruh negara serta kenaikan harga yang mendadak,” kata syarikat itu.
Kilang penapisan milik Petron menyumbang kira-kira 30 peratus daripada keperluan bahan api negara.
Minyak mentah diproses di kilang penapisan untuk menghasilkan bahan api seperti diesel, yang merupakan antara sumber tenaga utama di Filipina.
Berdasarkan anggaran 2024, penggunaan diesel harian di negara itu mencecah 201,927 tong sehari.
Menurut pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos Jr, setakat 27 Mac, negara itu mempunyai simpanan petrol yang mencukupi untuk 53 hari, diesel (45 hari), kerosin (97 hari), LPG (23 hari) dan bahan api jet (38 hari).
Dalam perkembangan berkaitan, Filipina dijangka menyaksikan satu lagi kenaikan harga bahan api pada hari Selasa, selepas harga meningkat lebih dua kali ganda sejak 28 Februari akibat ketidaktentuan bekalan global.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










![Pasukan penyelamat membantu mangsa terselamat selepas sebuah kapal penumpang yang membawa lebih 300 orang karam di perairan Pulau Basilan, awal pagi Isnin. [Tangkap layar daripada video yang dimuat naik di Facebook oleh Gabenor Basilan, Mujiv Hataman]](https://malaysiatribune.news/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-55-1769388440-220x150.png)






