BERITA SEMASADALAM NEGERI

Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Filipina, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 11.03 pagi, hari ini.

Menurut maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berkenaan berpusat pada koordinat 7.4 darjah Utara dan 127.1 darjah Timur, kira-kira 129 kilometer tenggara dari Bislig, Filipina, dengan kedalaman 67 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan, kejadian itu tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat terkini dan sahih hanya melalui saluran rasmi MetMalaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button