BERITA SEMASALUAR NEGARA

Gempa bumi kuat gegar selatan Filipina, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud melanda perairan selatan Filipina pagi tadi, namun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

Menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook, kejadian itu dikesan pada pukul 9.44 pagi di koordinat 7.3° Utara dan 127.0° Timur pada kedalaman 70 kilometer.

Pusat gempa terletak kira-kira 122 kilometer tenggara dari Bislig, Filipina.

Sementara itu, laporan dari Agensi Seismologi Filipina (PHIVOLCS) memaklumkan bahawa gempa tersebut berpotensi menyebabkan kerosakan dan gegaran susulan di beberapa kawasan berdekatan.

Ketua agensinya, Teresito Bacolcol berkata, amaran tsunami dikeluarkan berikutan gegaran yang berlaku kira-kira 20 kilometer dari bandar Manay, wilayah Mindanao pada pukul 9.43 pagi waktu tempatan.

“Penduduk di kawasan pesisir pantai yang terlibat dinasihatkan segera berpindah ke kawasan tanah tinggi atau bergerak lebih jauh ke daratan,” katanya dalam kenyataan.

PHIVOLCS turut menjangkakan ombak setinggi sehingga satu meter di sepanjang pantai Pasifik Filipina dalam tempoh dua jam selepas kejadian.

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai kecederaan atau kerosakan besar dikeluarkan oleh pihak berkuasa Filipina.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button