Amaran hujan berterusan hingga Khamis di empat negeri
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan waspada di Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu mulai hari ini hingga Khamis.
Menurut METMalaysia, bagi Pahang, amaran itu dikeluarkan di beberapa daerah termasuk Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Hulu Perak, Perak.
METMalaysia sebelum ini, mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh negeri, termasuk kawasan Pantai Timur yang sering terjejas akibat musim tengkujuh.
Musim tengkujuh biasanya berlangsung antara November hingga Mac membawa risiko hujan berterusan terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
METMalaysia memaklumkan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
“Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






