Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Labuan, tujuh negeri hingga tengah hari
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan serta tujuh negeri hingga pukul 12 tengah hari ini.
METMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Di Kedah, kawasan terjejas melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda.
Amaran sama turut melibatkan Sabak Bernam di Selangor serta beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta Miri.
Sementara di Sabah, kawasan Kudat dijangka mengalami cuaca buruk sama.
Menurut METMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan taburan hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








