113 kampung di Kelantan diminta waspada banjir
KUALA LUMPUR – Sebanyak 113 kampung di empat daerah di Kelantan dinasihatkan berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya banjir, susulan ramalan hujan berterusan dari Rabu hingga Sabtu ini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), daerah yang terlibat adalah Machang, Pasir Mas, Tumpat, dan Kota Bharu. Kampung-kampung yang berisiko berada di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer (5km) dari Sungai Kelantan.
JPS turut menyatakan bahawa di Machang, 15 kampung dijangka terjejas banjir, manakala Pasir Mas melibatkan 54 kampung, Tumpat 16 kampung, dan Kota Bharu 28 kampung.
“Banjir yang diramalkan mungkin berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang dijangkakan,” jelas kenyataan itu.
Amaran tersebut bertujuan untuk memastikan penduduk, khususnya di kawasan yang dijangka terjejas, mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








