BERITA SEMASA

MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hari ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri pagi ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, amaran cuaca itu membabitkan Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).

Keadaan sama juga diramal melanda Sarawak di Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri, manakala di Sabah iaitu di Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas).

Selain itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka melanda perairan Perak, Selangor, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Timur sehingga jam 9 pagi ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilomenter perjam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button