BERITA SEMASADALAM NEGERI

[VIDEO] TUDM laksana pembenihan awan bantu atasi paras empangan kritikal

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi membantu Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menangani isu paras air di tujuh empangan yang kini berada pada tahap amaran susulan cuaca panas dan kekurangan hujan.

Misi yang dijalankan secara berperingkat sehingga 15 Februari ini melibatkan tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak.

@malaysiatribune

Misi OPA dilaksanakan secara berperingkat bermula hari ini hingga 15 Februari ini melibatkan tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak #malaysiatribune #beritasemasa

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Bagi pelaksanaan hari pertama, operasi tertumpu di Johor melibatkan Empangan Upper Layang, Pulai 1 dan Machap.

“Proses pembenihan dimulakan dengan bancuhan air garam oleh pegawai MET Malaysia bersama anggota TUDM membabitkan empat tong, masing-masing mengandungi 200 kilogram garam yang dicampur dengan 1,500 liter air.

“Kesemua tong berkenaan dimuatkan ke dalam pesawat C-130H milik No. 20 Skuadron di Pangkalan Udara Subang. Misi berkenaan selesai sepenuhnya pada pukul 3.00 petang,” kata TUDM dalam kenyataan di Facebook malam ini.

Pesawat berlepas pada pukul 12.00 tengah hari sebelum melaksanakan semburan pada ketinggian antara 5,000 hingga 9,000 kaki ke arah awan jenis ‘Towering Cumulus’.

Sebahagian daripada krew pembenihan awan disertai pegawai dan anggota TUDM, MetMalaysia dan NADMA.

Operasi tersebut diketuai Mej Amirol selaku komander pesawat bersama 11 anak kapal, selain pegawai-pegawai daripada MET Malaysia dan NADMA.

Kerjasama strategik itu mencerminkan komitmen berterusan TUDM dalam melaksanakan Operasi Ketenteraan Selain Perang (Military Operations Other Than War – MOOTW) serta peranan sekunder Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu agensi kerajaan mengurus bencana dan menjaga kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button