BERITA SEMASA
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan – METMalaysia
PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 3 Jan.
Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam satu kenyataan hari ini berkata, kawasan terbabit ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang atau media sosial rasmi jabatan atau aplikasi mobil myCuaca.
“Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








