BERITA SEMASA

MetMalaysia ramal ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hingga 5 petang ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang bakal melanda ibu negara dan Labuan, serta beberapa kawasan di Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah hingga jam 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, di Perak, ia membabitkan kawasan Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Selangor, keadaan cuaca itu diramalkan melanda Hulu Selangor, Gombak serta Petaling.

Selain itu, Sibu (Selangau), Mukah, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak, serta Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Nabawan), Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) di Sabah turut dijangka mengalami cuaca yang sama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button