BERITA SEMASADALAM NEGERI

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di 5 negeri sehingga 6 petang ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Sabah sehingga pukul 6 petang hari ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah, khususnya di Kulim dan Bandar Baharu; di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar; di Selangor termasuk Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat; serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Johor turut terlibat iaitu di Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, manakala Di Sabah, kawasan terjejas merangkumi pedalaman seperti Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan, pantai barat termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau, serta Tawau dan Sandakan termasuk Tongod dan Telupid.

“Amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku lebih sejam.

“Ia bersifat jangka pendek dan sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga, mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button