BERITA SEMASA

Gempa bumi lemah landa Semporna, Tawau

PUTRAJAYA – Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.9 telah berlaku di perairan Tawau, Sabah pada jam 10.19 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada jarak 36 kilometer (km) timur dari Semporna dengan kedalaman 19 km.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Semporna dan Tawau.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, MetMalaysia meminta penduduk yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/EXiTRAnkBL9UBFoh6.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button