BERITA SEMASA

Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud landa Selatan Sumatera

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 magnitud pada skala Ritcher melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 9.10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan hari ini berkata, gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.6 darjah selatan dan 102.2 darjah timur, dengan kedalaman 70 kilometer (km).

“Gempa bumi itu berada pada jarak 199km selatan dari Bengkulu, Indonesia,” katanya.

Bagaimanapun agensi itu memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button