BERITA SEMASALUAR NEGARA

Gempa bumi 6.0 magnitud ragut 250 nyawa di Afghanistan

KABUL – Sekurang-kurangnya 250 penduduk terkorban manakala lebih 400 lagi cedera selepas gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud menggegarkan wilayah timur laut Afghanistan, lewat malam tadi.

Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman, gempa itu berlaku pada pukul 11.47 malam waktu tempatan di wilayah Kunar, berhampiran sempadan Pakistan dengan kedalaman 14 kilometer.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Afghanistan, Sharafat Zaman berkata, angka korban dijangka meningkat kerana kawasan terjejas sukar diakses.

“Jumlah mangsa yang terkorban dan cedera sangat tinggi. Pasukan penyelamat masih berada di lokasi bagi memberi bantuan kecemasan,” katanya.

Laporan awal mendapati 30 nyawa melayang hanya di sebuah kampung, sementara ratusan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan.

Gegaran susulan turut dikesan sekitar 20 minit selepas gempa pertama dengan kekuatan 4.5 magnitud, diikuti satu lagi gempa berukuran 5.2 magnitud pada kedalaman sama.

Untuk rekod, Afghanistan pernah digegarkan gempa bumi 6.3 magnitud pada 7 Oktober 2023 yang meragut ribuan nyawa.

Kerajaan Taliban ketika itu melaporkan lebih 4,000 kematian, namun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekitar 1,500 mangsa.

Tragedi tersebut direkodkan sebagai bencana alam paling dahsyat yang menimpa negara bergolak itu dalam sejarah terbaharu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button