
Gempa Taiwan: Sekurang-kurangnya 9 maut, 900 cedera
Jumlah mangsa hilang masih belum dapat dipastikan
HUALIEN, Taiwan – Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala lebih 900 lagi cedera susulan kejadian gempa bumi yang melanda bandar ini, semalam.
Jumlah individu yang masih hilang masih belum dapat dipastikan, namun pihak penyelamat masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Setakat ini, seramai 50 pekerja yang menaiki bas mini dalam perjalanan ke sebuah hotel di Taman Negara Taroko Gorge dilaporkan hilang.
Sementara itu, Datuk Bandar Hualien, Hsu Chen-wei berkata, semua penduduk dan perniagaan di bangunan yang berada dalam keadaan bahaya sudah dipindahkan.
Tambahnya, kerja-kerja meroboh sudah bermula membabitkan empat bangunan yang disahkan berbahaya dan berisiko runtuh.
Semalam, satu gegaran pada magnitud 7.4 menggegarkan Hualien, dianggap terbesar dalam tempoh 25 tahun yang melanda Taiwan.
Sementara itu, pegawai kaji cuaca memaklumkan bahawa terdapat lebih 50 gegaran susulan direkodkan.
Gempa bumi pada kedalaman 15.5 kilometer (km) berlaku ketika orang ramai sedang menuju ke tempat kerja dan sekolah, dan turut mencetuskan amaran tsunami di selatan Jepun dan Filipina yang kemudiannya ditarik balik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








