BERITA SEMASA

Gempa bumi lemah 3.4 magnitud landa Kundasang awal pagi tadi

RANAU – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.4 magnitud dikesan berlaku di Kundasang, di sini pada pukul 3.02 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), kejadian itu berlaku pada koordinat 6.1 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur, dengan kedalaman sekitar 10 kilometer (km).

Gempa tersebut dilaporkan berjarak kira-kira 8 km ke arah barat laut dari Ranau, Sabah dan gegaran mungkin dirasai oleh penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini,” kata MET Malaysia menerusi hantaran di Facebook.

MET Malaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan perkembangan terkini dapat disalurkan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, orang awam yang merasai gegaran diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan bagi membantu pengumpulan data dan penilaian lanjut berkaitan kejadian tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button