BERITA SEMASA

Segamat digegar gempa bumi lemah bermagnitud 2.7

SEGAMAT – Satu kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 2.7 dikesan, di sini hari ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gegaran itu dikesan kira-kira pukul 7.55 malam tadi.

Menurut kenyataan itu, gegaran dikesan berlaku dikedudukan koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur dengan jarak gegaran dapat dirasai sejauh tiga kilometer (km) Barat dari Segamat pada kedalaman 10km.

Gegaran dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya.

Kejadian itu merupakan kejadian kesembilan direkodkan berlaku di Johor dengan lima gegaran direkodkan di Segamat bermula dengan kejadian pertama pada pukul 6.13 pagi, 24 Ogos lepas dengan magnitud 4.1; 8.59 pagi, Rabu 27 Ogos (3.2); 7.56 malam, Khamis 29 Ogos (2.5); 4.24 pagi, Jumaat 30 Ogos (3.4) dan 7.29 pagi Sabtu 31 Ogos (2.7).

Pada 24 Ogos, satu gegaran turut direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang dengan magnitud 2.8.

Gegaran disusuli berlaku di Semerah, Batu Pahat pada pukul 1.57 petang, pada 31 Ogos lalu dengan magnitud 3.0.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button