BERITA SEMASA

MET Malaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga 29 Disember

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap bahaya melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu sehingga 29 Disember ini.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan susulan jangkaan hujan sangat lebat berterusan yang berpotensi menyebabkan banjir dan gangguan serius.

Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap buruk pula dikeluarkan bagi beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang membabitkan Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan; Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; serta Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

MET Malaysia turut mengeluarkan amaran tahap waspada terhadap hujan berterusan di beberapa kawasan lain termasuk Gua Musang di Kelantan; Jerantut, Maran dan Bera di Pahang; serta Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button