BERITA SEMASA

Sabah dilanda gempa bumi kuat 6.8 magnitud

KUALA LUMPUR – Satu kejadian gempa bumi kuat dengan berukuran 6.8 magnitud melanda perairan Sabah awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi kuat itu berlaku jam 12.57 pagi tadi di 49 kilometer (km) barat dari Kudat dengan kedalaman 678 km.

“Gegaran dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

“Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini
https://forms.gle/bRkJBUqLEPAf8KVw9,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button