BERITA SEMASA

Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Jepun

PUTRAJAYA – Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi yang melanda kawasan tengah dan barat Jepun hari ini.

Menurutnya, ia susulan gempa bumi dengan magnitud 7.6 itu telah mencetuskan amaran tsunami sepanjang kawasan pantai barat Jepun.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden gempa bumi ini.

“Setakat laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu katanya, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo di alamat 20-16, Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, 150-0036 Tokyo atau hubungi di talian +81-3-3476-3840 atau +8180-3913-3840 (kecemasan) atau emel ke mwtokyo@kln.gov.my atau consular.tyo@kln.gov.my.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button