Gempa bumi magnitud 6.8 gegar barat daya Jepun
TOKYO – Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.8 menggegarkan bahagian barat daya Jepun, malam tadi.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu dikesan berlaku pada kedalaman 36 kilometer (km), sekitar 18km dari kawasan pantai Miyazaki di wilayah Kyushu, pada kira-kira pukul 9:19 malam (waktu tempatan).
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) kemudiannya mengeluarkan amaran berlakunya ombak tsunami setinggi sehingga 1m dan menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan perairan pantai.
“Tsunami boleh melanda berulang kali. Sila jangan masuk ke laut atau mendekati kawasan pantai,” kata JMA di platform X, malam tadi.
Bagaimanapun, setakat ini hanya dua tsunami kecil berukuran 20 sentimeter dikesan di dua pelabuhan di kawasan tersebut, menurut agensi cuaca.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








