
Segamat dilanda gempa bumi lemah sekali lagi
SEGAMAT – Satu gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan melanda daerah ini pada 7.29 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa itu dikesan pada koordinat 2.5° Utara dan 102.8° Timur, kira-kira 2 kilometer (km) barat laut Segamat, pada kedalaman 10km.
“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Segamat, namun tiada kerosakan dilaporkan.
“MetMalaysia akan terus memantau keadaan dengan teliti,” kata kenyataan itu.
Ia merupakan gegaran terbaharu dalam rentetan gempa yang melanda daerah itu sepanjang minggu ini selepas gegaran berukuran 4.1 magnitud pada 24 Ogos lalu.
Setakat ini sebanyak enam gempa bumi lemah direkodkan di daerah itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Sesar Mersing iaitu zon seismik dan tekanan dari pergerakan tektonik serantau yang mengaktifkan sesar lama.
Kejadian pada 24 Ogos lalu turut menyebabkan beberapa penduduk mengalami kerosakan harta benda.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








