
Segamat, Tangkak dan Muar berisiko banjir – MB
JOHOR BAHRU — Beberapa kawasan di Segamat, Tangkak dan Muar kini berada pada risiko banjir susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, berdasarkanporan terkini daripada Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) serta Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
keadaan cuaca dijangka berlarutan sehingga esok.
Katanya, ia khususnya di kawasan rendah dan lembangan sungai yang lebih mudah terkesan.
“Berikutan situasi tersebut, kerajaan negeri Johor telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan dengan melaksanakan pemantauan berterusan di kawasan hotspot, menggerakkan aset keselamatan serta menyediakan logistik kritikal bagi memastikan tindakan kecemasan dapat dijalankan segera demi keselamatan penduduk.
“Orang ramai di kawasan berisiko diminta sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan mengikuti makluman rasmi daripada PRABN, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta MET Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu beliau turut menggesa penduduk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada agensi keselamatan sekiranya arahan pemindahan dikeluarkan.
“Kerajaan negeri turut menyeru seluruh Bangsa Johor untuk sama-sama berdoa agar keadaan cuaca kembali stabil dan negeri Johor dijauhkan daripada sebarang bencana,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








