Gempa bumi 5.7 magnitud 5.7 gegar barat Jepun, tiada amaran tsunami
TOKYO – Satu gempa bumi bermagnitud 5.7 menggegarkan bahagian barat Jepun lewat petang semalam, namun pihak berkuasa mengesahkan tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa berlaku pada jam 6.28 petang waktu tempatan dengan pusat gempa dikesan di Prefektur Nara pada kedalaman kira-kira 70 kilometer.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan berhampiran termasuk Prefektur Mie dan Prefektur Wakayama, namun setakat ini tiada laporan rasmi mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan besar terhadap infrastruktur.
JMA dalam kenyataannya memaklumkan gempa berkenaan tidak menimbulkan risiko tsunami, namun pihak berkuasa terus memantau kemungkinan gegaran susulan dalam tempoh terdekat.
Kejadian terbaharu itu berlaku kurang dua minggu selepas gempa kuat melanda kawasan luar pantai timur laut Jepun pada 20 April lalu yang mencetuskan amaran tsunami serta arahan pemindahan di beberapa wilayah pesisir.
Jepun terletak di Lingkaran Api Pasifik dan merupakan antara negara paling aktif dari segi aktiviti seismik di dunia. Pihak berkuasa menggesa penduduk supaya sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan gempa susulan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








