Jepun laksana hukuman mati pertama era PM Sanae Takaichi
TOKYO – Jepun melaksanakan hukuman mati pertama sejak Jun tahun lalu dengan menggantung seorang lelaki yang membunuh lima individu dalam serangan pembakaran sebuah premis pachinko di Osaka pada 2009.
Memetik laporan Kyodo News, Sunao Takami, 58, merupakan individu pertama yang menjalani hukuman mati di negara itu di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Sanae Takaichi.
Takami mencurah petrol di atas lantai premis pachinko berkenaan pada 5 Julai 2009 dalam serangan yang turut mencederakan 10 individu.
Hukuman mati terhadapnya dimuktamadkan pada 2016.
“Saya mengarahkan pelaksanaan hukuman mati itu selepas pertimbangan yang teliti,” kata Menteri Kehakiman, Hiroshi Hiraguchi, pada sidang media.
Sistem hukuman mati Jepun kini mendapat perhatian dan penelitian lebih tinggi susulan pembebasan Iwao Hakamata, 90, yang dibebaskan daripada tuduhan pada 2024 selepas menghabiskan lebih empat dekad di dalam penjara menunggu pelaksanaan hukuman mati.
Pada Jun 2025, Takahiro Shiraishi, 34, yang digelar ‘Twitter killer’ Jepun, turut dihukum mati selepas didapati bersalah membunuh, memotong anggota badan dan menyimpan mayat sembilan individu di Zama, Kanagawa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








