
Dua pesawat berlanggar di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo
TOKYO – Perlanggaran dua pesawat Japan Airlines (JAL) di Lapangan Terbang Haneda pada pagi ini menyebabkan penerbangan ke pulau Hokkaido di utara negara ini dibatalkan.
Menurut syarikat penerbangan itu, bahagian hujung sayap kiri penerbangan 503 yang membawa 328 penumpang berlanggar dengan sayap sebuah lagi pesawat JAL di Terminal 1 kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan.
“Tiada kecederaan dilaporkan tetapi penerbangan 503 yang berlepas ke Lapangan Terbang New Chitose di Sapporo (Hokkaido) telah dibatalkan.
“Kemalangan berlaku apabila pesawat 503 Airbus A350-900s mengundur dari tempat parkir dan merempuh sebuah lagi pesawat (juga Airbus A350-900s) yang sedang memasuk lot berhampiran,” kata JAL.
Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan serta Japan Airlines sedang menyiasat kejadian itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








