LUAR NEGARA

Gempa magnitud 6.9 gegar Jepun, amaran tsunami dikeluarkan

TOKYO – Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud menggegarkan wilayah Miyazaki di Jepun, sekali gus menyebabkan amaran tsunami, lapor agensi cuaca.

Tsunami setinggi satu meter dijangka tiba atau sudah tiba di beberapa kawasan pesisir di pulau Kyushu dan Shikoku, memetik laporan penyiar NHK.

Bagaimanapun, namun tiada laporan awal mengenai tanda-tanda kerosakan besar.

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi berkata, tiada laporan mengenai kerosakan di loji tenaga nuklear berikutan gempa bumi itu.

Beliau berkata, kerajaan juga sedang memeriksa kerosakan dan kemalangan jiwa.

Sementara itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan magnitud gempa itu pada 7.1.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button