SUKAN

Beasley bakal sertai skuad berbasikal Jepun

KUALA LUMPUR – Pengarah teknikal skuad berbasikal kebangsaan, John Beasley mengesahkan akan menyertai Jepun selepas meninggalkan skuad berbasikal trek negara, lapor BH Online hari ini.

Beasley mengakui sudah membuat pertimbangan sewajarnya mengenai keputusan untuk membuka lembaran baharu dalam kariernya selepas 20 tahun bersama skuad berbasikal trek Malaysia.

Malah, beliau turut memberi bayangan bahawa Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028) mungkin menjadi tempat terbaik untuk menutup kariernya.

“Ya, saya sudah lama mempertimbangkan perkara ini. Ketua jurulatih dari Jepun itu ialah seorang atlet yang pernah saya latih dan dia pernah memenangi Kejohanan Dunia Remaja.

“Menuju ke LA (2028), ada banyak perkara istimewa di LA. Bapa saya sebahagian daripada pasukan Australia, ketika Australia memenangi pingat emas Olimpik mereka.

“Jadi, alangkah baiknya jika saya dapat… mungkin mengakhiri karier saya di temasya itu,” katanya ketika ditanya mengenai khabar angin beliau akan menyertai skuad Jepun dalam temu bual bersama stesen televisyen swasta.

Beasley meninggalkan legasi besar selepas membantu membangunkan sebuah sistem yang menyaksikan Malaysia berubah daripada pencabar di peringkat Asia kepada pasukan yang mampu mencabar pentas dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button