Lelaki maut, isteri dan anak cedera kereta bertembung lori
PORT DICKSON – Seorang lelaki maut manakala isteri dan anak perempuannya cedera selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 13.5, Jalan Lukut–Sepang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila lori dipandu lelaki berusia 46 tahun dari arah Lukut menghala ke Sepang dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Pemandu kereta berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala isterinya berusia 32 tahun dan anak perempuan mereka berusia lima tahun cedera.
“Pemandu lori tidak cedera. Saringan awal mendapati ujian air kencingnya negatif, namun ujian pernafasan menunjukkan bacaan alkohol melebihi had yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan dan tindakan lanjut.
Ahmad Afiq berkata, pemandu lori terbabit telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pagi ini, manakala siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








