JENAYAH & MAHKAMAH

Video lelaki sepak terajang isteri tular

MELAKA – Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai memukul isterinya tular di media sosial sejak Isnin, dipercayai berlaku di daerah Melaka Tengah.

Rakaman berdurasi 56 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi keledar bertindak agresif menumbuk, memukul serta menampar seorang wanita sehingga mangsa terbaring di hadapan sebuah premis bangunan kedai yang tidak beroperasi.

Malah, individu berbaju merah itu turut beberapa kali menyepak mangsa ketika wanita berkenaan berada di atas tanah.

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan Melaka Tengah, namun lokasi sebenar masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Susulan penularan video berkenaan, satu mesej turut tersebar di media sosial yang meminta orang ramai membantu mengenal pasti lelaki terbabit.

Mesej yang turut tular menerusi aplikasi WhatsApp itu mendakwa lelaki berkenaan dikenali sebagai ‘Ejas’ serta meminta orang ramai menyebarkan rakaman video tersebut bagi menjejaki individu berkenaan.

Bagaimanapun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button