Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran
SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditembak ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan, malam tadi.
Menurut saksi, mangsa pada mulanya dilihat sedang makan sebelum dua kenderaan berhenti berdekatan lokasi. Mangsa kemudian kelihatan berlari menyeberang jalan sebelum bunyi tembakan kedengaran dan dia rebah di situ.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.23 malam melalui talian MERS 999.
“Ketika anggota bertugas di bilik gerakan IPD Seremban, kami menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan berlaku satu kes bunuh di sebuah restoran di lokasi berkenaan.
“Kes masih dalam siasatan. Polis akan memaklumkan perkembangan terbaharu dan butiran lanjut sebaik maklumat diperoleh,” memetik laporan HM online.
Setakat ini, identiti mangsa dan motif kejadian masih belum didedahkan. Polis turut melakukan pemeriksaan dan mengumpul bukti di tempat kejadian bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment