BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Dua lelaki maut ditembak di kompleks beli-belah Jalan Loke Yew

KUALA LUMPUR – Dua lelaki maut ditembak sekumpulan individu bersenjata di hadapan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah malam itu, kedua-dua mangsa dipercayai sedang berjalan menuju ke arah kenderaan yang diletakkan di perkarangan kompleks berkenaan sebelum dihampiri beberapa suspek bertopi keledar.

Menurut saksi, suspek secara tiba-tiba berlari ke arah mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat, menyebabkan kedua-dua lelaki itu rebah berlumuran darah.

“Selepas menembak, suspek yang bersenjata pistol melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemui terbaring kira-kira lima meter dari kenderaan mereka,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Mangsa disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button