JENAYAH & MAHKAMAH

Polis pergiat usaha kesan suspek kes tembak dua lelaki

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam insiden tembakan yang menyebabkan kematian dua lelaki di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, malam tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Yusuf Jan Mohamad, pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden itu pada pukul 12.48 tengah malam tadi.

Menurutnya, sekumpulan lelaki bertopengkan ski hitam menaiki kenderaan jenis Perodua Alza telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

“Dalam kejadian tersebut dua lelaki tempatan dalam berusia 40-an telah terkena tembakan.

“Kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, setakat ini pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Laporan Malaysia Tribune sebelum ini menyebut, kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diparkir di perkarangan pusat beli-belah berkenaan.

Menurut saksi, sekumpulan lelaki secara tiba-tiba berlari ke arah kedua-dua mangsa itu.

Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah.

Video rakaman litar tertutup (CCTV) kejadian turut menjadi tular di media sosial sejak wal pagi tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button