POLITIK

PN bukan milik BERSATU semata-mata – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Perikatan Nasional (PN) bukan milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semata-mata, sebaliknya merupakan gabungan yang dimiliki bersama oleh semua parti komponen dalam gabungan tersebut.

tuan ibrahim
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden BERSATU, Ahmad Faizal Azumu berhubung penggunaan logo PN susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan BERSATU tetapi masih mahu kekal dalam gabungan berkenaan.

faizal azumu
Ahmad Faizal Azumu

Menurut Tuan Ibrahim, BERSATU tidak sepatutnya menganggap PN sebagai hak eksklusif parti itu kerana gabungan tersebut turut dianggotai oleh PAS, Gerakan dan Malaysian Indian People’s Party (MIPP).

“PN bukan milik BERSATU. Ia milik semua parti yang berdaftar dalam gabungan itu iaitu PAS, Gerakan dan MIPP.

“BERSATU tidak seharusnya merasakan PN hanya milik mereka. PAS menamatkan kerjasama politik dengan BERSATU, bukannya dengan parti-parti lain dalam PN,” memetik NST online.

Terdahulu, Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja dilaporkan menyindir tindakan PAS yang memutuskan hubungan politik dengan BERSATU namun pada masa sama berhasrat untuk terus berada dalam PN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button