BERITA SEMASA

PN rakam ucapan tahniah terhadap kemenangan Vijay

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) merakamkan ucapan tahniah kepada C Joseph Vijay dan partinya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), atas kejayaan pada pilihan raya di Tamil Nadu serta pelantikanny sebagai Ketua Menteri hari ini.

Menurut Setiausaha Agung PN, Datuk Takiyuddin Hassan,, kemenangan itu mencerminkan keyakinan rakyat terhadap visinya dalam reformasi, keadilan, keharmonian sosial, pemerkasaan belia, pemodenan serta penolakan terhadap politik yang memecahbelahkan dan bersifat diskriminasi.

“Sebagai bekas pelakon yang lebih dikenali sebagai Thalapathy Vijay, beliau amat dikagumi di Malaysia, khususnya dalam kalangan belia India atas pencapaian seni, imej kemanusiaan dan kepimpinan awam beliau.

“Kebangkitan politik beliau turut diikuti dengan penuh minat dan keterujaan oleh ramai pihak, khususnya memandangkan hubungan sejarah, budaya dan bahasa yang telah lama terjalin antara Tamil Nadu dan rakyat Malaysia berketurunan India,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, PN turut mendoakan agar beliau terus berjaya memimpin Tamil Nadu ke arah kemajuan, kestabilan dan kemakmuran yang lebih besar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button