POLITIK

PN lantik Samsuri sebagai Ketua Pembangkang baharu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan selepas Mesyuarat Tertinggi gabungan berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat yang dipengerusikan Ahmad Samsuri.

“Mesyuarat Tertinggi PN hari ini bersetuju melantik Ahmad Samsuri sebagai Ketua Pembangkang yang baharu menggantikan Hamzah,” memetik Buletin TV3 online.

Bagaimanapun, Takiyuddin tidak menjelaskan sama ada keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Tan Sri Johari Abdul atau sebaliknya.

Pelantikan itu sekali gus menyaksikan Menteri Besar Terengganu tersebut memainkan peranan lebih besar di peringkat Persekutuan ketika PN terus mengukuhkan barisan kepimpinan pembangkang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button