PN dakwa MIC mohon sertai, tapi tolak tawaran
KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) mendakwa MIC pernah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai gabungan itu, namun akhirnya menolak tawaran berkenaan.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, permohonan tersebut dibuat pada 15 November tahun lalu menerusi Presidennya, Datuk S A Vigneswaran, yang menghantar surat kepada Pengerusi PN ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, permohonan itu telah diteliti sebelum diluluskan dalam mesyuarat PN pada Disember lalu.
“Hari ini kita ada bukti surat permohonan MIC untuk menyertai PN. Jika mereka kata tidak pernah mohon, silakan buktikan,” memetik BH online.
Bagaimanapun, MIC kemudiannya membuat keputusan untuk tidak menyertai PN selepas mesyuarat parti pada 25 Mac lalu, sebaliknya kekal bersama Barisan Nasional (BN).
“Tidak mahu sertai tiada masalah. PN bukan parti untuk dijual atau seperti hotel, sesiapa yang mahu sertai perlu buat permohonan,” katanya lagi.
Tambah beliau, PN kini mempunyai empat parti komponen dan masih menerima serta memproses beberapa permohonan daripada parti lain yang berminat menyertai gabungan itu.
Difahamkan, MIC sebelum itu pernah mempertimbangkan kerjasama dengan PN, namun memilih untuk kekal dalam BN buat masa ini selepas perbincangan dalaman parti.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








