LUAR NEGARA

[VIDEO] Presiden Korea Selatan, PM Jepun santai main dram

SEOUL – Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung dan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mencuri perhatian ramai dengan sesi santai bermain dram mengiringi lagu K-pop popular.

Rakaman video yang dikeluarkan Pejabat Presiden Korea Selatan itu memaparkan kedua-dua pemimpin bermain dram mengiringi lagu Dynamite oleh kumpulan K-pop BTS, selain Golden daripada muzikal animasi Netflix K-pop Demon Hunters.

@malaysiatribune

Sidang kemuncak dua hala Jepun–Korea Selatan mencuri perhatian apabila Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung, mengakhiri pertemuan hari pertama mereka dengan sesi santai bermain dram mengiringi lagu Dynamite oleh kumpulan K-pop BTS, selain Golden daripada muzikal animasi Netflix K-pop Demon Hunters. #malaysiatribune #beritasemasa #jepun #korea #drum

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Video tersebut difahamkan dirakam ketika kedua-dua pemimpin tersebut mengakhiri hari pertama sidang kemuncak dua hala Jepun–Korea Selatan.

Takaichi, yang dikenali sebagai peminat dram dan muzik heavy metal, memuji kebolehan Jae-myung yang pantas menyesuaikan diri dengan alat muzik berkenaan, sambil menyifatkan detik itu sebagai simbol hubungan mesra antara kedua-dua negara.

ā€œPresiden belajar bermain dram hanya dalam lima hingga 10 minit.ā€ kata Takaichi.

Pada hari kedua sidang kemuncak, Lee dan Takaichi meneruskan agenda rasmi dengan mengadakan lawatan ke Kuil Horyuji di Wilayah Nara, iaitu kampung halaman Takaichi.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin berkata perbincangan dua hala mereka merangkumi isu rantaian bekalan industri, kecerdasan buatan (AI), penyah-nuklearan Semenanjung Korea serta kerjasama dengan sekutu bersama mereka, Amerika Syarikat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button