Pihak terlibat ketegangan di Asia Barat diminta kawal tindakan
PUTRAJAYA – Semua pihak yang terlibat dalam konflik di Asia Barat diminta mengawal tindakan masing-masing bagi mengelak peningkatan ketegangan.
Gesaan itu dikeluarkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi di luar Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-51 di Istanbul, Turki, kata Kementerian Luar dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
“Kedua-dua Menteri membincangkan perkembangan semasa berikutan serangan terbaharu ke atas Iran,” kata kementerian itu dalam hantaran tersebut.
Ketegangan mula tercetus di rantau Asia Barat apabila Israel melancarkan serangan udara di beberapa lokasi di seluruh Iran sejak 13 Jun lalu, menyebabkan Tehran bertindak balas.
Ketegangan semakin memuncak apabila sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS) menebom tiga kompleks nuklear Iran yang mencetuskan kecaman di seluruh dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








