BERITA SEMASAPMX

Tiada bukti minyak Iran dipindahkan di perairan Malaysia

DOHA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada bukti yang menunjukkan bahawa minyak Iran, yang berdepan sekatan Amerika Syarikat, telah dipindahkan dari kapal ke kapal di perairan Malaysia.

Beliau turut berkata, Malaysia bagaimanapun tidak mempunyai keupayaan untuk memerhati atau memantau situasi sebegitu sekiranya ada.

“(Buat masa ini) Tiada secebis pun bukti mengenai (penggunaan) kaedah pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan antarabangsa (berhampiran Malaysia).

“(Bagaimanapun) kita tidak mempunyai keupayaan untuk memerhati atau memantau mereka,” katanya ketika muncul dalam sesi Forum Ekonomi Qatar yang dikendalikan oleh Haslinda Amin, di sini hari ini (waktu tempatan).

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai kebimbangan Washington yang antara lain mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan di perairan negara.

Minggu lepas, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan Malaysia sedia berhubung dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat mengenai perkara itu.

Perdana Menteri, yang berada di Doha sejak Ahad, mengakhiri lawatan rasmi tiga hari beliau ke Qatar, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button