
Anwar, Erdogan bincang isu serangan ganas zionis di Palestin
PUTRAJAYA – Isu serangan ganas rejim zionis yang semakin memuncak di bumi Palestin ketika umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri menjadi antara topik perbincangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim serta Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan.
Anwar dalm satu hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, perkara itu dibangkitkan dalam panggilan telefon dengan sahabat baiknya, petang semalam.
Kata Perdana Menteri, serangan sejak 18 Mac lalu itu telah membatalkan perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai sedang dirancang.
“Saya menegaskan keperluan segera untuk mempertimbangkan rencana-rencana lain bagi menghentikan keganasan ini.
“Alhamdulillah, Erdogan mengulangi pendirian tegas untuk terus bersolidariti bersama saudara kita di Palestin,” kata Anwar.
Dalam kesempatan itu, Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan salam Aidilfitri kepada Erdogan dan keluarganya.
Anwar turut menghargai perkembangan hubungan dua hala semakin kukuh, terutama selepas kunjungan Erdogan ke Malaysia tempoh hari.
“Dalam perbualan ini, saya turut menerima jemputan Erdogan untuk berkunjung ke Turki.
“Semoga persahabatan erat kedua-dua pemimpin negara kian mekar saat ini terus utuh dan membawa manfaat buat rakyat kedua-dua negara, insya Allah,’ katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








