MITRA terima suntikan tambahan RM50 juta – PM
KUALA LUMPUR – Kerajaan menambah peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menjadikan keseluruhan dana yang diterima agensi itu tahun ini meningkat kepada RM150 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat susulan prestasi MITRA yang semakin memberangsangkan terutama dalam usaha membantu masyarakat India miskin dan golongan yang masih terpinggir.
Menurut beliau, peningkatan peruntukan itu juga membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela tanpa mengira kaum dan latar belakang.
“Kalau tanya saya apakah RM100 juta cukup, tidak. Oleh kerana suku akhir ini prestasi MITRA baik, saya setuju mulai tahun ini kita tambah jadi RM150 juta,” katanya memetik laporan Utusan Online.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, di sini hari ini.
Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempertahankan prinsip keadilan sosial dalam setiap dasar dan bantuan yang disalurkan kepada rakyat.
“Bantuan kerajaan termasuk program membasmi kemiskinan tegar tidak pernah berasaskan kaum semata-mata, sebaliknya diberikan kepada semua rakyat memerlukan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








