Anwar kekal calon PM penggal kedua, PH sasar terus kuasai Putrajaya
SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) menetapkan sasaran untuk terus menerajui Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hala tuju gabungan itu jelas selain usaha memperkukuhkan sokongan rakyat perlu diperkasa bermula di Negeri Sembilan yang dianggap antara kubu kuat PH.

Menurut beliau, kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun juga perlu diteruskan berikutan prestasi pentadbiran negeri yang disifatkan cemerlang.
“Kita mahu teruskan baki penggal ini dan jika ditanya hala tuju Pakatan Harapan, kita mahu berusaha memerintah untuk penggal kedua dengan Anwar Ibrahim terus memimpin sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.
“Hala tuju kita sangat jelas dan ia mesti bermula dengan Negeri Sembilan. Kita perlu terus membina kekuatan dan Tok Min akan terus memimpin dengan penuh cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan di Tempat Letak Kereta Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








