SUKAN

Piala Dunia: Padang ‘cap ayam’, Jepun ambil keputusan tukar lokasi latihan

MONTERREY – Pasukan Jepun membuat keputusan menukar lokasi latihan mereka di bandar ini menjelang saingan Piala Dunia selepas tidak berpuas hati dengan keadaan padang di venue asal milik kelab Liga MX, Tigres UANL.

Perkara itu berlaku susulan permukaan padang yang didapati tidak rata serta mempunyai beberapa tompokan tanah yang ketara, sekali gus menjejaskan kualiti sesi latihan skuad Samurai Biru tersebut.

Difahamkan, delegasi Jepun tidak lagi menggunakan kemudahan latihan milik Tigres UANL dan beralih ke lokasi lain di sekitar bandar sama.

Dalam pada itu, rakaman video latihan Jepun di fasiliti Tigres sebelum ini turut tular di media sosial Mexico apabila keadaan padang berkenaan jelas menunjukkan kesan kehausan pada permukaannya.

Walaupun tiada penjelasan rasmi diberikan mengenai pertukaran lokasi tersebut, skuad Jepun kemudian dilihat berlatih di El Barrial, iaitu pusat latihan milik pencabar Tigres, C.F. Monterrey.

Skuad Samurai Biru akan membuka kempen Kumpulan F menentang Belanda pada 14 Jun di Arlington, Texas sebelum bertemu Tunisia di Estadio BBVA, Guadalupe pada 20 Jun.

Mereka kemudian akan kembali ke Arlington untuk aksi menentang Sweden pada 25 Jun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button