
Jepun digegarkan gempa bumi 7.6 Skala Richter
TOKYO – Satu gempa bumi berukuran 7.6 Skala Richter melanda bahagian tengah Jepun iaitu di Semenjang Noto di Ishikawa pada pukul 4.10 waktu tempatan hari ini.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengaktifkan amaran tsunami di kawasan pantai barat Jepun iaitu wilayah Ishikawa, Niigata dan Toyama.
Amanran tsunami kurang serius dikeluarkan sehingga ke pantai timur Rusia, pulau Hokkaido dan sejauh selatan pulau Kyushu.
Berita tempatan setakat ini melaporkan tsunami dengan ketinggian melebihi tiga meter melanda kawasan persisiran Laut Jepun.
Di bandar Wajima di Semenanjung Noto, kawasan berhampiran dengan pusat gempa, sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan terperangkap di dalam rumah yang runtuh.

Kejadian turut menyebabkan puluhan ribu rumah penduduk di Ishikawa, Niigata dan Toyama terputus bekalan elektrik.
Kebakaran besar turut berlaku di Wajima memusnahkan sekurang-kurangnya setengah enam buah rumah namun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.
Sementara itu, bencana turut menyebabkan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Haneda dan perkhidmatan kereta api tergendala.
Lebih 40 gempa bumi sekurang-kurangnya dengan magnitud 3.5 Skala Richter melanda bahagian itu antara 4 petang dan 7.30 malam ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








